Pakej Umrah An-Najah 2026 – Super Bajet

Umrah An-Najah dengan ziarah Badar (9H/7M) – fokus ibadah dan bimbingan mutawif.
Tempoh: 9 Hari 7 Malam
Tarikh Perjalanan: 22 – 30 Julai 2026

Maklumat Pakej

Penginapan Strategik

  • Makkah: Hotel Snood Ajyad @ setaraf – ±4 malam, ±380m dari dataran Masjidilharam.
  • Madinah: Hotel Hayah Plaza @ setaraf – ±3 malam, ±150m dari dataran Masjid Nabawi.

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi & balik
  • Visa Umrah
  • Penginapan hotel di Makkah & Madinah
  • Bimbingan mutawif berpengalaman
  • Pengangkutan bas berhawa dingin yang selesa
  • Ziarah Makkah, Madinah, Badar & Taif
  • Insuran perjalanan berkelompok & perlindungan perubatan Al-Khairi Care
  • Beg silang & beg kasut
  • 2 kali umrah bersama mutawif

Penerbangan

Penerbangan bersama Emirates / Turkmenistan Airlines / Oman Air, tertakluk kepada pengesahan.

Ringkasan Malam

  • 4 malam di Makkah
  • 3 malam di Madinah

Itinerari Ringkas

  1. Hari 1 – Kuala Lumpur → Madinah
    Berkumpul di KLIA, taklimat & check-in. Berlepas ke Madinah, daftar masuk hotel dan solat di Masjid Nabawi.
  2. Hari 2–3 – Madinah
    Ibadah dan ziarah sekitar: Raudhah (mengikut giliran), Jabal Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan lokasi sirah lain.
  3. Hari 4 – Madinah → Badar → Makkah (Umrah 1)
    Ziarah Badar, miqat di Bir Ali untuk berniat umrah, kemudian ke Makkah dan menunaikan Umrah Pertama bersama mutawif.
  4. Hari 5 – Makkah
    Ibadah di Masjidil Haram: tawaf sunat, solat berjemaah, tadarus & zikir.
  5. Hari 6 – Ziarah Makkah & Umrah 2
    Ziarah Arafah, Mina, Muzdalifah, Jabal Thur & Jabal Nur (luar). Miqat di Hudaibiyah dan menunaikan Umrah Kedua.
  6. Hari 7 – Makkah
    Ibadah bebas di Masjidil Haram dan persiapan pulang.
  7. Hari 8–9 – Pulang ke Kuala Lumpur
    Check-out hotel, ke lapangan terbang dan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Program tamat.